lambat | 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lamakelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, sehabis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan sesuatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menyebabkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyembahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambatkan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusuri | 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkayuh | 1 naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung: Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2 merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung: Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berganding | 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergandingan | 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlahan | 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkayuh | 1. naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung:Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2. merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung:Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3. naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4. memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. | Kamus Pelajar |
menuruti | 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja kemahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. menjadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambat | 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlahan | 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekankan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. | Kamus Pelajar |