lampau | 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau | 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. | Kamus Pelajar |
antik | 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antik | 1 berasal dr zaman dahulu atau zaman lampau sbg perbandingan dgn zaman moden (ttg barang-barang dsb): barang-barang ~. 2 = barang(-barang) ~ barang-barang spt perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yg dihasilkan pd zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya, umurnya dsb: penggemar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetak lampau(overprint) | 1. Tindakan mencetak aksara beberapa kali untuk menghitamkan atau memperbaiki bentuk rupa huruf aksara tersebut. 2. Tindakan mencetak di luar lebar kertas cetakan atau tempat yang sudah dicetak terlebih awal. | Kamus Komputer |
berlalu | 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catut II | 1. = tukang ~ = pencatut a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 2. orang yg mencari wang (keuntungan) dgn jalan haram (spt makan suap dll); harga ~ harga yg lebih tinggi drpd harga rasmi, harga gelap; politik (tukang) ~ bp cara-cara atau tindak-tanduk yg bertujuan utk mencari laba dgn sebanyak-banyaknya; mencatut 1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut; 2. menjual sesuatu dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 3. menipu, membelit; 4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dll) utk mendapat keuntungan sendiri; catutan hasil atau keuntungan yg diperoleh drpd kerja mencatut; percatutan perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dll); pencatutan perihal (perbuatan dsb) mencatut; pencatut tukang catut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau kemampuan(over capacity) | 1. Sifat sistem yang dibebankan tugas yang melebihi had maksimum yang boleh ditanggung oleh sesuatu proses. 2. Palam atau port input litar yang disambungkan dengan litar yang melebihi had yang dibenarkan. 3. Nilai kiraan atau data yang tidak mampu dikendalikan oleh pemproses kerana melebihi had yang dibenarkan. | Kamus Komputer |
silam | 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waktu | 1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |