langgai III | sj ikan laut, Trichiuridae. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgai II | kulit buah kacang dll drpd kumpulan Leguminosae. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgai I | sj belat utk menangkap ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
injap | 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan pucuk | sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pucuk III | sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambai I | sj tangguk penangkap ikan, belat langgai; mengambai menangkap ikan (udang dll) dgn ambai, menangguk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belat I | 1. bidai, kerai; 2. sj bidai utk menangkap ikan; jenis-jenisnya: ~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah = ~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung = ~ pantai = ~ teluk, ~ parit = ~ sungai, ~ puk; 3. Mn bilah-bilah buluh (papan) utk membalut tulang yg patah; ~ hanyut cakap kosong;membelat membalut dgn belat: tangannya yg patah itu dibelat oleh bomoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |