Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit-langit 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cakerawala1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit.Kamus Dewan Edisi Keempat
langit-langit1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda menitahkan pula mereka mem­bentangkan tabir dan ~ yg indah-indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras); berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
tirai1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, ham­paran sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menye­kat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg meng­a­singkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakerawala1 langit atau lengkung langit. 2 seluruh bintang dan planet di langit termasuk bulan dan matahari. 3 peredaran bintang-bintang dll di langit. 4 kaki langit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
langit-langit1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras).Kamus Pelajar
tekak1 bahagian langit-langit yg lem­but di sebelah belakang mulut. 2 rongga kerongkongan. 3 ki rasa mulut; alat perasa dlm mulut: kering ~ dahaga; haus; payau ~ tidak berselera hendak makan. bertekak ki bertengkar; ber­­bantah. menekak seakan-akan melekat pd tekak (bkn rasa): Rasa pahit ubat itu masih ~. mempertekakkan men­jadikan sesuatu (perkara, hal dsb) sbg bahan bertekak: Apalah yg dipertekakkan ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
kanopi1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
falak1 bulatan langit; lengkung langit; lingkaran langit. 2 = ilmu ~ ilmu ttg bintang-bintang; astronomi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekak I1. bahagian langit-langit yg lembut (di sebelah belakang mulut); 2. rongga kerong­kong; 3. ki rasa atau alat perasa (pd mulut); anak ~ anak lidah; kering ~ dahaga, haus; payau (langu) ~ tidak ada selera hendak makan; tidak sedap ~nya a) tidak sedap rasanya (makan­­an); b) tidak ada selera utk makan; umpan ~ makanan utk membangkitkan selera makan; bertekak ki bertengkar, berbalah, berbantah: bagaimana akan kita yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling ~ tanpa pokok yg hak; menekak seakan-akan melekat di tekak (rasa): manisnya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas