berlangkah | 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menempuh: ~ lautan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangkah | 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menempuh: ~ lautan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindak | 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan pertelingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemeliharaan | 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggarami | 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerkosaan | 1. perbuatan merogol (perempuan); 2. perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran, penggagahan: langkah-langkah utk mengelakkan jenayah rogol, ~ dan khalwat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkosaan | 1. perbuatan merogol (perempuan); 2. perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran, penggagahan: langkah-langkah utk mengelakkan jenayah rogol, ~ dan khalwat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
praktikal | 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurangkan | 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendekatan | 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |