Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai;

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lantai selisihlantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghamparimembentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih;Kamus Dewan Edisi Keempat
menampung lantaimengganti papan lantai yg telah rosak.Kamus Dewan Edisi Keempat
lantai1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyapu1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantai1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki limaa. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantai pelupuhdasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantai bilahdasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
papan lantaipapan yg digunakan utk membuat lantai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas