lantar II | ; melantarkan menimbulkan sesuatu perkara (kerugian dll); menyebabkan. lantaran 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantar I | ; melantarkan 1. menimbulkan (sesuatu perkara), menyebabkan; 2. menyampaikan (permohonan, permintaan, dll), mengusulkan, mengemukakan; lantaran 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu kerana itu; pelantaran; dgn ~ dgn perantaraan atau pertolongan; pelantar orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantaran | 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantaran | 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu kerana itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantaran | 1. oleh sebab; kerana :Mereka mati ~ sakit malaria. 2. hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. | Kamus Pelajar |
lantar II | melantarkan menimbulkan sesuatu perkara (kerugian dll); menyebabkan. lantaran 1. oleh sebab; kerana :Mereka mati ~ sakit malaria. 2. hal yg menjadi sebab sesuatu:Polis mencari ~ utk menangkap mereka. | Kamus Pelajar |
sebab | 1 apa-apa yg mengakibatkan sesuatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan berlakunya sesuatu: Ini akan mengakibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga merupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peninggal | 1. = sepeninggal setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punca I | 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencari | 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |