lantik | ; melantik mengangkat seseorang dgn rasmi utk memegang sesuatu jawatan: Guru Besar telah ~ Abdullah sbg ketua murid. lantikan hasil drpd melantik: ~ beliau dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi beberapa syarat. pelantikan perbuatan atau upacara melantik: ~ Perdana Menteri telah selesai. pelantik orang yg melantik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantik II | Mn lentik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantik I | ; melantik mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar, dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan: kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi anggota kabinet; lantikan tindakan melantik: Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum dibuat; pelantikan perihal, perbuatan, dll melantik: mereka gembira atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; pelantik orang yg melantik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantik | melantik mengangkat seseorang dgn rasmi utk memegang sesuatu jawatan: Guru Besar telah ~ Abdullah sbg ketua murid. lantikan hasil drpd melantik:~ beliau dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi beberapa syarat. pelantikan perbuatan atau upacara melantik: ~ Perdana Menteri telah selesai. pelantik orang yg melantik. | Kamus Pelajar |
berwakil | mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diplomat | 1. pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk mewakili negaranya dlm hubungan antarabangsa; 2. orang yg mahir berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: suruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengurus | 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengundi | 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Per-satuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undi | 1. sesuatu utk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yg akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dll); buah ~ ark dadu; buang ~ = membuang ~ menentu-kan (memilih) dgn undi; kena ~ menang dlm undi (terpilih dll); kertas ~ kertas yg ditandakan sbg menunjukkan pilihan; main ~ a) main loteri; b) ark bermain dadu; men-cabut ~ menentukan sesuatu dgn mencabut atau menarik kertas dsb undi; 2. = undian pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dgn penandaan pd kertas undi (pungutan suara dsb): ~ kaum wanita merupakan 50% drpd seluruh ~ negara; berundi sedang memilih (menentukan dll) dgn undi; mengundi 1. menentukan (memilih dll) dgn membuang undi; baiklah kita ~ siapa yg me-musingkannya dahulu; 2. = ~ suara memutuskan sesuatu dgn mengira undi (memungut suara dll), memilih (menentukan dll) sesuatu dgn membuang undi: setelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi; Peguam Negara boleh di-lantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~; memperundikan menentukan (membahagi-kan, memberikan, menetapkan, dll) dgn cara diundi: lapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yg berkereta; undian 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; pengundian perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; pengundi 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang; ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba saja dlm sesuatu pengundian (pilihan raya dsb); 2. sesuatu yg digunakan utk mengundi (kertas, surat, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wakil | 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanahkan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakilwakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |