lantun | ; melantun membuang balik; memantul: Bola getah itu ~ apabila dilemparkan ke tanah. melantunkan menyebabkan melantun; memantulkan. lantunan gerakan melantun; pantulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantun | ; melantun 1. membuang balik, memantul, menganjal: tudung pen itu ~ di atas meja; 2. ki terkena semula (pd seseorang): soalan ini ~ balik kpd kamu sendiri; melantunkan menyebabkan menganjal atau mengambul, mengambulkan; lantunan gerakan melantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantun | melantun membuang balik; memantul: Bola getah itu ~ apabila dilemparkan ke tanah. melantunkan menyebabkan melantun; memantulkan. lantunan gerakan melantun; pantulan. | Kamus Pelajar |
memantul | 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantul | ; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; terpantul terkena pantul: sinar yg ~; pantulan 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; pemantul permukaan (objek) yg memantulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |