lara | 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu; berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja; melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan bersenang-lenang; terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membukukan | 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merakamkan | 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membukukan | 1 memasukkan atau mencatat sesuatu ke dlm buku: Beliau ~ segala jualan yg dibuat pd hari itu. 2 menjadikan buku; menerbitkan sbg buku: Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ beberapa buah cerita pelipur lara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membukukan | 1. memasukkan atau mencatat sesuatu ke dlm buku: Beliau ~ segala jualan yg dibuat pd hari itu. 2. menjadikan buku; menerbitkan sbg buku: Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ beberapa buah cerita pelipur lara. | Kamus Pelajar |
kebanyakan | 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larat I | 1 makin atau kian bertambah (ttg keadaan sesuatu spt luas, lama, panjang); larut; lanjut: Sakit ayahnya bertambah ~. 2 ki tidak menentu (ttg fikiran, kedudukan dsb); berubah-ubah; berkecamuk: sauhnya ~ sauhnya tidak dpt berkait pd dasar laut; orang ~ orang yg selalu mengembara. ~ fikiran a. berkecamuk fikirannya. b. berasa amat sedih. ~ hati sedih hati; lara. berlarat-larat terus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam. melarat menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. memperlarat menjadikan berlarat-larat; memperlama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lipur | 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larat I | 1. makin atau kian bertambah (ttg keadaan sesuatu spt luas, lama, panjang dsb); larut; lanjut: Sakitnya bertambah ~. 2. ki tidak menentu (ttg fikiran, kedudukan dsb); berubah-ubah; berkecamuk: sauhnya ~ sauhnya tidak dpt berkait pd dasar laut;orang ~ orang yg selalu mengembara. ~ fikiran a. berkecamuk fikirannya. b. berasa amat sedih. ~ hati sedih hati; lara. berlarat-larat terus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam. melarat menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas:Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. memperlarat menjadikan berlarat-larat; memperlama. | Kamus Pelajar |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |