tabu I | 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? menabukan menganggap sbg pantang larang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larang I | ; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegah | sesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram; ~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan perintah; menjauhkan (menghentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang; bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang; menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang: Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu), mencegah, menghalang: maka ditegah oleh Bendahara, tiada diberinya me-lawan; tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larang | ; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larang II | Mn jarang, tidak selalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larang | melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan:<i>Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu.i> larangan 1. perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: <i>Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu.i> 2. sesuatu yg dilarang:<i>Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~.i> | Kamus Pelajar |
pantang larang | perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegah larang (an) | barang apa yg terlarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantang larang | bermacam-macam pantang atau larangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantang | , 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |