larang | ; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larang | melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan:Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1. perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2. sesuatu yg dilarang:Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. | Kamus Pelajar |
larang I | ; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegah | sesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram; ~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan perintah; menjauhkan (menghentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang; bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang; menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang: Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu), mencegah, menghalang: maka ditegah oleh Bendahara, tiada diberinya me-lawan; tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larangan | 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |