katapel | (katapél) ark IB 1. lastik; 2. alat utk melepaskan kapal terbang (drpd kapal induk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidas II | Kl, Tr 1. lastik: budak itu suka bermain ~; 2. melastik: Mamat mengajak Ali ~ burung punai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lastik | 1 alat drpd kayu berbentuk “Y” yg diberi bertali drpd getah dan digunakan utk melantingkan batu dll. 2 memberi atau dpt memanjang apabila ditarik. melastik melantingkan batu dll dgn lastik ke arah sesuatu: ~ burung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lastik | 1. IB dapat memanjang (kalau ditarik) dan mengecut kembali (getah dll); 2. IB getah; 3. perkakas (drpd getah) utk melantingkan batu dll, jepretan, tarbil; melastik melantingkan batu dll ke arah sasaran dgn menggunakan lastik, menjepret, menarbil: ~ burung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lastik | 1. alat drpd kayu berbentuk “Y” yg diberi bertali drpd getah dan digunakan utk melantingkan batu dll. 2. memberi atau dpt memanjang apabila ditarik. melastik melantingkan batu dll dgn lastik. | Kamus Pelajar |
tarbil | 1. sl sj busur utk melontarkan anak batu (peluru drpd tanah liat); 2. ark alat utk melontar batu kerikil dll, lastik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gundu | 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt guli (getah, kepingan kayu, dll) yg digunakan sbg pelontar (lastik dll) dlm permainan guli (getah, jengkek, dsb), tagan; bergundu 1. bermain guli; 2. ada atau mempunyai gundu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |