Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lat] | لت

Definisi : antara, selang: ia tinggal ~ tiga buah rumah dr rumah saya; berlat berantara, berselang: demam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lat] | لت

Definisi : bp lambat, lewat: aku tidak mampir dulu, kerana sudah ~; selat-latnya selambat-lambatnya, selewat­lewatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lat] | لت

Definisi : bilah buluh (pd kasau). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lat] | لت

Definisi : antara; selang: ~ tiga hari, ia datang lagi menagih hutang. berlat berantara; berselang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lat
Bersinonim dengan selang, senggang, jarak, lang, antara.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
latantara; selang: ~ tiga hari, ia datang lagi menagih hutang. berlat berantara; berselang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lat IVkenduri.Kamus Dewan Edisi Keempat
lat IIIbilah buluh (pd kasau).Kamus Dewan Edisi Keempat
lat IIbp lambat, lewat: aku tidak mampir dulu, kerana sudah ~; selat-latnya selambat-lambatnya, selewat­lewatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lat Iantara, selang: ia tinggal ~ tiga buah rumah dr rumah saya; berlat berantara, berselang: demam ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
latantara; selang: ~ tiga hari, ia datang lagi menagih hutang. berlat berantara; berselang.Kamus Pelajar
selang I1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai).Kamus Dewan Edisi Keempat
ngelanKl berlat-lat, berselang sehari.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerlang-cerlak (-cerlok)berlat-lat (berselang-selang).Kamus Dewan Edisi Keempat
senggang IIKl, Tr antara, jarak, lat, selang (waktu atau tempat).Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas