latar | 1. Jw bidang, permukaan; 2. Jw datar, rata; 3. tanah atau dasar (warna kain dll); 4. Jw halaman rumah; 5. latar belakang; berlatar mempunyai latar, bertanah, berdasar: kain batik itu ~ warna hitam; berlatarkan mempunyai sesuatu sbg latar: Samarendah yg mempunyai motif ruang lebar yg melintang dan ~ warna gelap; melatari menjadi latar kpd; pelataran 1. halaman rumah; 2. tanah atau dasar kain; 3. pelantar pd rumah (stesen kereta api dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
video songsang(reverse video) | Ragam paparan unit pengawas video yang memaparkan aksara dalam bentuk latar yang berlawanan daripada latar aksara biasa. Dalam ragam ini suatu titik yang sepatutnya gelap diterbalikkan supaya terang dan titik yang terang menjadi gelap. | Kamus Komputer |
latar belakang | a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
latar | 1 bidang; permukaan. 2 rata; datar. 3 dasar atau tanah (warna kain dll). 4 halaman rumah. ~ belakang a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
latar depan paparan(display foreground) | Bahagian paparan yang berada di sebelah hadapan dan menjadi tumpuan paparan. | Kamus Komputer |
latar belakang paparan(display background) | Corak dan warna bahagian paparan yang berada di sebelah belakang objek yang dipaparkan. | Kamus Komputer |
latar belakang(background) | 1. Suasana dalam pengaturcaraan berbilang dan sistem perkongsian masa tempat proses berkeutamaan rendah dilaksanakan. 2. Bahagian paparan yang berada di sebelah belakang gambar. | Kamus Komputer |
latar | 1. bidang; permukaan. 2. rata; datar. 3. dasar atau tanah (warna kain dll). 4. halaman rumah. ~ belakang a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. | Kamus Pelajar |
sekitaran | keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
latar belakang | 1. pemandangan dll yg menjadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |