sekitaran | keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
latar belakang | 1. pemandangan dll yg menjadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
latar belakang | a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemprosesan latar belakang(background processing) | Pelaksanaan proses yang berkeutamaan rendah apabila sumber komputer sistem pengaturcaraan berbilang tidak digunakan oleh proses yang berkeutamaan tinggi. | Kamus Komputer |
kerja latar belakang(background job) | Kerja tidak genting yang boleh dilaksanakan apabila sumber komputer dalam sistem pengaturcaraan berbilang tidak digunakan oleh kerja genting. | Kamus Komputer |
atur cara latar belakang(background program) | Atur cara tidak genting yang boleh dilaksanakan apabila sumber komputer dalam sistem pengaturcaraan berbilang tidak digunakan oleh atur cara genting. | Kamus Komputer |
tirai belakang | latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seting | (séting) pemandangan, persekitaran, atau latar belakang yg dibuat utk mewujudkan lokasi bagi drama pentas, filem, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlatarbelakangkan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebungaan | bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |