mengejut | tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawatan mengejut | lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawatan sambil belajar | lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangka lawatan | rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawatan | hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan: ~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawatan | hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan:~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. | Kamus Pelajar |
lawatan | perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunjungan | hasil berkunjung atau mengunjungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ziarah | Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |