layar | 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andak II | ark singkatan bagi pandak; mengandak, mengandakkan 1. memendekkan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja; pengandak sesuatu yg digunakan utk mengandakkan (memendekkan); tali ~ tali utk mengandakkan layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandakkan | 1. memendekkan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandakkan | 1. memendekkan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandak | , mengandakkan 1. memendekkan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layar | 1 kain tebal penadah angin utk menjalankan kapal atau perahu: kapal ~ kapal yg menggunakan layar. 2 tabir atau tirai yg dipasang di jendela (pintu); langsir. 3 = ~ perak (putih) kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). berlayar 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. melayari belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet. melayarkan 1 membuat supaya belayar; menjalankan kapal atau perahu: Beliau telah ~ kapal tsb ke Jepun. 2 membawa pergi dgn kapal atau perahu; membawa menaiki kapal atau perahu: Awi Dicu telah ~ Raja Pasai kembali ke negerinya. pelayaran 1 hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2 perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar: Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. pelayar 1 orang yg kerjanya belayar. 2 program komputer yg digunakan utk melayari Internet: Laman web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator. 3 orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat ttg perkara itu dr laman web tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancang I | 1. kapal layar yg laju: kenaikan baginda ~ emas panjangkan; 2. ancak (perahu kecil) utk memuatkan jamuan hantu; 3. Mn tepak sirih (yg berbentuk spt kapal layar); main ~-~ melemparkan batu pd paras permukaan air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarik | bp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) seseorang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membabarkan | 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layar | 1. kain tebal penadah angin utk menjalankan kapal atau perahu:kapal ~ kapal yg menggunakan layar. 2. tabir atau tirai yg dipasang di jendela (pintu); langsir. 3. =~ perak (putih) kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). berlayar 1. memakai layar:Perahunya ~ kajang. 2. = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu:Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. melayari belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. melayarkan 1. membuat supaya belayar; menjalankan kapal atau perahu: Beliau telah ~ kapal tsb ke negeri Jepun. 2. membawa pergi dgn kapal atau perahu; membawa menaiki kapal atau perahu: Awi Dicu telah ~ Raja Pasai kembali ke negerinya. pelayaran 1. hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2. perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar:Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. pelayar orang yg kerjanya belayar. | Kamus Pelajar |