tambah | sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 menjadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tambah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tambah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tambahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebih-lebih lagi | tambahan pula; istimewa pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebih-lebih | , = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sementelahan | lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sementelah | , = sementelahan lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
istimewa pula (lagi) | lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
apalagi | tambahan pula; lebih-lebih lagi: Naik kereta api saja pun sudah mabuk, ~ naik kapal laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambahan pula (lagi) | lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mana lagi (pula) | tambahan pula; lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambahan | sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |