segera | tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gopoh | cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekas | tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekas-lekas | dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersegera | cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perolok | Kd makan lekas-lekas, memolok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengonyah-anyih | tidak lekas-lekas membuat kerja, malu-malu, segan-segan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergocoh-gocoh | melakukan sesuatu lekas-lekas; tergesa-gesa; tergopoh-gopoh: Baharin pergi ke bilik air dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengumpak-umpak | menyuruh mengerjakan sesuatu lekas-lekas, menggesa-gesa(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celapak II | Kd cepat-cepat, lekas-lekas, (dgn) segera: penyamun-penyamun itu ~ masuk ke rumah Pak Ali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |