sama | 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. | Kamus Pelajar |
sama | 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 melakukan sesuatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Terdapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teman lelaki | lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemuda | orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenor | (ténor) (Muz) 1. nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 2. nyanyian dgn nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 3. penyanyi lelaki yg menyanyi dgn nada suara lelaki yg tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banci II | 1. bersifat lelaki dan perempuan, tidak lelaki dan tidak perempuan; 2. lelaki yg berkelakuan spt perempuan (atau sebaliknya); 3. ark lemah syahwat; 4. ark bomoh yg berpakaian cara perempuan (di Sulawesi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempelai | orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; pengantin: ~ lelaki pengantin lelaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sodomi | hubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dgn lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelaki | manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putera | 1 bd anak lelaki kpd raja: ~ mahkota anak raja yg akan naik takhta. 2 anak lelaki (utk menghormati): ~ Melayu. berputera 1 mempunyai anak lelaki (terutamanya raja-raja): Baginda ~ tiga orang. 2 melahirkan anak lelaki. diputerakan dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. keputeraan hal diputerakan; kelahiran: hari ~ hari seseorang dilahirkan; hari jadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |