Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
longlai1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai.Kamus Dewan Edisi Keempat
longlai1 lemah lembut (bkn gerakan tubuh dll); terliuk-liuk: Penari itu mengayunkan langkah dgn lemah ~. 2 tidak bermaya; lemah: Wanita itu kelihatan ~ apabila hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lemah I1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lesu1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men­jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rengsa I(réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma.Kamus Dewan Edisi Keempat
uzur1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lemah1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lemas II1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
serba1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayu I1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2. lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb); keayuan perihal (sifat dsb) ayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas