longlai | 1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silir I | angin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll); bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir; siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siliran | tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah lembut | elok perangai, halus budi pekerti, baik hati; berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut manis | lemah lembut dan baik tutur katanya. bermulut manis bercakap-cakap dgn lemah lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayu I | 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2. lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb); keayuan perihal (sifat dsb) ayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemas II | 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggang | (lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dll); ~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup atau duduk bersenangsenang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung); ~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri; ~ -lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah-ubah dan masih tetap spt lama juga; berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelombang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok berliuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya; terlenggang-lenggang terayak-ayak, terayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dll); lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2. pergerakan melenggang, ayunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah lembut | baik budi pekerti; tidak pemarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lintuh | lemah, lembut, lembik: Poniem melihat gerak suaminya dgn hati yg ~; pelintuh guna-guna (mantera, jampi, dll) utk melemahkan lawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |