bermaya | ; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kongo | Kl, Tr tidak bermaya atau tidak bertenaga, lemah, lesu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maya II | ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah lesu | tidak bermaya, kurang bertenaga; melemahlesukan menjadikan lemah dan tidak bermaya: aku memang dilanda cinta pertama yg ~ tenaga jiwa dan raga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemas II | 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
letai | (létai) Mn letih lesu, lemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelesuan | 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesu | 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) menjadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesu | tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |