Lembaga Perancang Keluarga | lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji lembaga | pengkajian mengenai lembaga yg belum lahir dr binatang, embriologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perancang | orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbadanan | agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perancang | orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaga | 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan | badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaga pengarah | badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaga daun | bakal daun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaga bisul | mata (benih) bisul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |