Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Lembaga Perancang Keluargalembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji lembagapengkajian mengenai lembaga yg belum lahir dr binatang, embriologi.Kamus Dewan Edisi Keempat
perancangorang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbadananagensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional;Kamus Dewan Edisi Keempat
perancangorang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
lembaga1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuanbadan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembaga pengarahbadan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembaga daunbakal daun;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembaga bisulmata (benih) bisul;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas