nukleus | /nukléus/ ist 1 lembaga yg di tengah-tengah sesuatu sel hidup. 2 bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron. ~ atom ist pusat sesuatu atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron, kecuali pd hidrogen yg hanya mempunyai satu proton. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembaga | 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembaga | 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlembagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya bersatu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandaskan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nukleus | ist 1 lembaga yg di tengah-tengah sesuatu sel hidup. 2 bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron | Kamus Pelajar |
LAN | 1. akronim bagi Lembaga Akreditasi Negara; 2. (Komp) akronim bagi Local Area Network (rangkaian kawasan setempat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuk I | 1. bentuk (rupa, wujud), lembaga: jauh di hadapannya dlm samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yg berjalan dgn tergesa-gesa; ~ badan (tubuh) a) bentuk rupa, bangun tubuh; b) bayangan badan; ~ jijak sikap dan perawakan; bulu ~ bulu yg lembut lagi halus (terdapat pd seluruh badan burung dsb atau di celah-celah bulu yg lebih besar; ~ ayat (Lin) bentuk atau susunan ayat; ~ bahasa bentuk (gaya) bahasa; 2. rangka (perahu dll); menyusuk 1. memasang rangka (rumah perahu dll); 2. memulai membuat (sesuatu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewan | (déwan) 1. balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dgn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga, dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~ Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi; D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a) Majlis Keselamatan BB; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis tertinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~ penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~ Perwakilan Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri; ~ pimpinan Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Persekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat | 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tribunal | 1. mahkamah pengadilan; 2. tempat duduk majistret; 3. lembaga atau badan khas yg ditubuhkan oleh pihak berkuasa utk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu; ~ pentadbiran (Udg) badan yg diwujudkan melalui atau di bawah Akta Parlimen utk menentukan tuntutan dan pertelingkahan yg berkaitan dgn pentadbiran kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majlis I | 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |