Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lembang
Rujuk :lekuk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lembang1 lekuk (ttg tanah, dahi dll). 2 menjadi lekuk atau dalam kerana dilalui air dll. melembang menyebabkan jadi lembang; melekukkan. lembangan tanah pamah yg rendah: ~ Murray-Darling mendapat hujan sedikit saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lembang I1. lekuk (tanah dll): tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; 2. menjadi dalam (tanah yg dilalui air dll); 3.= lembangan tanah pamah yg rendah, lembah; melembang menyebabkan jadi lembang, melekukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumpu1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpu1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan dll), tempat ber­topang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sam­pai, hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu; bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat ber­pegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan, melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya; menumpu 1. = bertumpu menekankan (me-nolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki mem-beri sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak mene­rima, menolak (permohonan dll); ~ per­mintaan menolak permintaan; 3. mening­galkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perha­tian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); per-mintaannya ~ permintaannya ditolak; 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; umpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; pertumpuan perihal (perbuatan dsb) ber-tumpu: bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk dr bahagian tengah Queensland; penumpuan perihal (perbuatan dsb) me­num­pu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyo­kong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penun­jang; ~ kaki bangku kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas