lembapan | (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembapan | sesuatu (bahan dsb) yg lembap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meter lembapan | (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
higroskopik | (Kim) bkn bahan yg mudah menyerap lembapan drpd udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrotropisme | (Bio) gerakan pertumbuhan sbg gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrotropisme | ist pertumbuhan atau pergerakan tumbuh-tumbuhan sbg gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujan asid | air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meter | (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan | 1 air (hasil drpd pemeluwapan wap air di atmosfera) yg jatuh ke bumi: Pagi ini ~ turun dgn lebatnya. 2 = hari ~ air sedang turun (menitik) dr udara: Apabila ~, banyaklah orang yg lambat sampai di pejabat. ~ asid air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). ~ batu (beku) air hujan yg telah menjadi beku yg turun dr udara. ~ gerimis (renyai, rintik-rintik) hujan yg menitik halus-halus. ~ lalu (lari, halau mentua) hujan yg turun sebentar saja. ~ lebat hujan yg besar dan banyak air yg turun. ~ panas hujan yg turun ketika matahari bersinar. ~ perolakan ist hujan yg disebabkan oleh penghabaan tanah daratan dan perolakan udara panas ke atas. ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut. ~ salji salji yg turun (dgn banyak). ~ siklon ist hujan yg terjadi akibat pertemuan udara panas dan lembap dgn udara sejuk (udara panas lebih ringan dan naik ke atas udara sejuk). berhujan berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. menghujani 1 melepaskan panah, peluru dll banyak-banyak pd: Mereka ~ musuh dgn peluru. 2 datang atau menimpa dgn banyaknya (bkn bom, peluru dsb): Dlm masa pengunduran itu, tentera Vietnam telah dihujani bom. 3 datang (dikemukakan dll) dgn banyaknya pd: dihujani surat (soalan, pertanyaan dll). menghujankan menggugurkan atau melepaskan (bom, peluru dsb) banyak-banyak; mengemukakan (pertanyaan, cacian dsb) banyak-banyak. memperhujankan membiarkan basah oleh hujan; mendedahkan atau membasahkan dlm hujan: Dia menjemur dan ~ papan-papan itu berminggu-minggu sebelum mengetamnya. kehujanan kena hujan; tertimpa oleh hujan: Dia ~ di jalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembap | 1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |