kontemporari | (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaran hamparan | ist dokumen kerja elektronik yg disusun mengikut baris dan lajur yg boleh digunakan utk menganalisis dan memaparkan data. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembaran | 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembaran pagi | surat khabar sebelah pagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembaran | 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jilid | 1 jahitan buku: tukang ~ orang yg menjahit lembaran kertas menjadi buku. 2 penggal atau bahagian buku: Buku Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear terdiri drpd empat ~. berjilid dirangkai-rangkaikan dan dijahit menjadi buku (bkn kertas): Majalah Mastika tahun 1970 sudah ~. menjilid merangkai-rangkaikan dan menjahit lembaran kertas menjadi buku; menjahit buku: ~ majalah. penjilid orang yg menjilid; tukang jilid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jilid | 1. jahitan buku:tukang ~ orang yg menjahit lembaran kertas menjadi buku. 2. penggal atau bahagian buku: Buku Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear terdiri drpd empat ~. berjilid dirangkai-rangkaikan dan dijahit menjadi buku (bkn kertas): Majalah Mastika tahun 1970 sudah ~. menjilid merangkai-rangkaikan dan menjahit lembaran kertas menjadi buku; menjahit buku: ~ majalah. penjilid orang yg menjilid; tukang jilid. | Kamus Pelajar |
sahifah | Ar lembaran yg bertulis, muka surat (buku dll), naskhah bertulis, dokumen; suhuf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlongkah | tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di lantai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjilid | merangkai-rangkaikan dan menjahit lembaran kertas menjadi buku; menjahit buku: ~ majalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |