lempar | /lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lempar | (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; membuang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung kelihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melantingkan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. mengeluarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancalumba | pertandingan sukan yg menghendaki tiap-tiap peserta memasuki lima acara (spt lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, dan lempar lembing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lempar cakera (lembing dsb) | pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lempar cakera (lembing, peluru) | sj permainan dlm olahraga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hagur | Tr baling, lempar, lontar: rumah itu kena ~ dgn batu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campak I | buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuangkan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empap | Mn 1. campak, lempar, hempas; 2. = berempap bermain judi dgn melambungkan atau melemparkan wang ke atas; pergi ~ pulang eban Mn prb (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang modal); mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat; terempap jatuh terhempas atau tertiarap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melempar | 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
desing | bunyi spt bunyi angin yg kencang (peluru yg ditembak, baling-baling yg dilempar, dll); berdesing, mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; berdesing-desing, mendesing-desing 1. berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan; 2. ki masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (bkn kata-kata dsb), teringat-ingat: “Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang”, ~ kata itu di telinga ibu tua, spt angin mendesing-desing di daun kayu; desingan bunyi yg mendesing (berdesing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |