bertangguh-tangguh | selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminang | 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang II | ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengah | /léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengah | (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengah(delay) | Lambatnya isyarat sampai pada waktu yang dijangkakan. | Kamus Komputer |
tangguh I | tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laun | lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat-lambatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayal | Id 1. lalai, lengah: jangan ~ menolong orang yg kemalangan; 2. ragu-ragu, bimbang; berayal-ayalan berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguh-tangguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unsur lengah(delay element) | Litar, peranti, atau cip litar bersepadu elektronik yang bertugas menerima isyarat atau data dan kemudian mengeluarkan semula isyarat atau data tersebut selepas suatu lengah masa tertentu. | Kamus Komputer |