lengang | 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengang | 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barangkali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hening | 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hening | 1. tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2. sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1. menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2. menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1. keadaan hening; kejernihan. 2. keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar |
keheningan | 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersajak | 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. mengungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keheningan | 1. keadaan hening; kejernihan. 2. keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar |
hening | 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap | 1 = ~ sunyi tidak kedengaran apa-apa; tidak berkata-kata; sunyi sekali; sepi: Apabila Guru Besar datang, kami semuanya ~. 2 tidak sibuk (bkn perniagaan, jalan raya dll); lengang. 3 tidak diperkatakan atau tidak dibicarakan lagi: Perkara itu akhirnya ~ begitu saja. senyap-senyap 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. menyenyapkan menjadikan senyap; mengheningkan. penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising pd ekzos, senapang dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjadi | 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg; | Kamus Dewan Edisi Keempat |