lengkungan | sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkungan | 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangen | /tan.gen/ ist 1 garisan lurus yg menyentuh lengkungan (lilitan bulatan) pd satu titik, atau lengkungan yg menyentuh garis lurus pd satu titik tetapi tidak menyilanginya. 2 fungsi sudut tirus dlm segi tiga tepat, iaitu nisbah panjang garis tegak dgn panjang garis datar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangen /tangén/ ist | 1 garisan lurus yg menyentuh lengkungan (lilitan bulatan) pd satu titik atau lengkungan yg menyentuh garis lurus pd satu titik tetapi tidak menyilanginya. | Kamus Pelajar |
astigmatisme | (Ubat) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman lengkungan pd kanta mata atau kornea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuadran | (Ast) sj alat kuno utk mengukur altitud bintang, yg terdiri drpd lengkungan bersenggat 90°. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkung | kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkung I | lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |