lentik | lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Bulu matanya ~. Haluan perahu itu ~. melentik menjadi lentik. melentikkan menjadikan lentik; melengkungkan supaya lentik: Penari-penari itu ~ jari dgn lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lentik | (léntik) (Bio) berkaitan dgn atau mendiami air tawar yg tenang: fauna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melentikkan | menjadikan lentik; melengkungkan supaya lentik: Penari-penari itu ~ jari dgn lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melentikkan | menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentik | 1. melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluanperahu dll); melentikkan menjadikan sesuatu lentik, melengkungkan sesuatu supaya jadi lentik; ~ jari = melentik jari a) melengkungkan jari supaya lentik; b) ki malas membuat kerja berat; melentik-lentikkan melentikkan berulang kali: sambil menangis, budak itu merontaronta dan ~ badannya; pelentik alat yg digunakan utk melentikkan sesuatu: gunakan alat ~ bulu mata yg selamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedik | lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan); lw bongkok. mengedik melentik sedikit ke belakang. mengedikkan melentikkan (badan dll) ke belakang; menyebabkan kedik. terkedik terlentik sedikit ke belakang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkedu | lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedik | lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan) lwn bongkok; mengedik melentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan); mengedikkan melentikkan (badan) ke belakang; terkedik terlentik sedikit ke belakang (bkn badan, bahu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedik | lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan); lw bongkok. mengedik melentik sedikit ke belakang. mengedikkan melentikkan (badan dll) ke belakang; menyebabkan kedik. terkedik terlentik sedikit ke belakang. | Kamus Pelajar |
melentik | menjadi lentik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |