lemah lentur | tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenturan | 1. perihal lentur; 2. benda yg melentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentur | 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur, membengkokkan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg melentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar digunakan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentur | bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tut lentur | cara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau batang ke tanah dan bahagian yg dikelar ditimbus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakera lentur(flexible disk) | Lihat cakera liut. | Kamus Komputer |
bentuk | 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tut | ~ lentur cara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau batang ke tanah dan tunas-tunasnya ditimbus. | Kamus Pelajar |
laur | Mn 1. lentuk, lentur; 2. penjodoh bilangan utk benda yg melengkung (cincin, gelung, dll); gelang se~ seurat gelang; melaur melentur, melengkung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |