lereng | /léréng/ 1 permukaan bukit yg miring atau senget; sisi bukit (gunung): Biasanya pokok teh ditanam di ~-~ bukit. 2 permukaan di keliling benda pipih atau bundar (spt roda). kereta ~ basikal. lereng-lereng roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. melereng 1 landai atau miring (bkn tanah). 2 bergerak berguling-guling (bkn roda). lerengan tanah yg menurun (biasanya pd bukit, gunung dll): ~ bukit itu ditumbuhi semak samun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lereng-lereng | roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lereng-lereng | roda kecil pd kaki katil (meja dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menereskan | membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menereskan | membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah. | Kamus Pelajar |
teres /térés/ | menereskan membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah. | Kamus Pelajar |
lereng I | (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subur | 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. | Kamus Pelajar |
subur | 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. | Kamus Pelajar |
runtuh | 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat menumpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: sekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |