Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata letaknya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senget /séngét/tinggi sebelah letaknya; tidak sama rata letaknya; miring; condong: Songkoknya ~ ke kanan.Kamus Pelajar
sendeng(séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh).Kamus Dewan Edisi Keempat
gendeng/géndéng/ agak condong sedikit letaknya; senget; miring. menggendengkan menjadikan sesuatu senget letaknya; mencondongkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kacapuri1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh di­makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gendeng/géndéng/ agak condong sedikit letaknya; senget; miring. menggendengkan menjadikan sesuatu senget letaknya; mencondongkan.Kamus Pelajar
strategik(stratégik) 1. berdasarkan strategi: letaknya ~ dan hanya dapat dicapai drpd tiga jurusan; 2. bp baik (elok) letaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terletak1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
belikatbahagian belakang badan yg letaknya dr pinggang hingga ke bahu dan di antara tulang belakang dgn rusuk: tulang ~ tulang berbentuk spt kipas yg terdapat pd bahagian belakang bahu; urat ~ otot yg terdapat pd bahagian belakang badan yg letaknya selari dgn tulang belakang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belikatbahagian belakang badan yg letaknya dr pinggang hingga ke bahu dan di antara tulang belakang dgn rusuk: tulang ~ tulang berbentuk spt kipas yg terdapat pd bahagian belakang bahu; urat ~ otot yg terdapat pd bahagian belakang badan yg letaknya selari dgn tulang belakang.Kamus Pelajar
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas