liar | 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia memandang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalihalih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperibadiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liar | 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganas | 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jalang | 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musang | 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivir-gata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.; ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1. tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2. tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah:perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb), ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang):Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu dll. penjinak orang yg menjinakkan binatang | Kamus Pelajar |
jalang | 1. tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2. jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar |
hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjing | 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |