Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liat] | ليات

Definisi : 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ark ®lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
liat-liatliang-liut, liuk-lentok;Kamus Dewan Edisi Keempat
liat I1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun.Kamus Dewan Edisi Keempat
seramik(séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
liat IIIark ®lihat.Kamus Dewan Edisi Keempat
liat II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra.Kamus Dewan Edisi Keempat
gumpalkumpulan benda (spt darah, tanah liat) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1 membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2 ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. penggumpalan 1 proses menjadi bergumpal (mis darah): Bahan tsb berupaya menghalang ~ darah. 2 perihal atau perbuatan menggumpalkan. penggumpal bahan yg menyebabkan berlakunya penggumpalan: Vitamin K dikenali sbg agen ~ darah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gumpalkumpulan benda (spt darah, tanah liat dsb) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (spt awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1. membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2. ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal.Kamus Pelajar
liat1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seramik1 bahan drpd mineral bukan logam yg keras dan mempunyai takat lebur yg tinggi. 2 barang yg dihasilkan drpd tanah liat, mis tembikar. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepek I(tépék) barang yg tipis yg melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dll): beberapa ~ koyok; se~ tembakau selempeng tembakau; gula ~ gula kelapa atau enau (yg dituang dlm acuan yg tipis); bertepek menempel, melekat: usahalah membersihkan arang yg ~ di bawah periuk belanga itu; bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok; menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan: kertas itu ditepek di dinding rumah-nya; penepek alat yg digunakan utk menepek sesuatu: ~ digunakan utk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yg dikehen­daki; tempek.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas