Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
liat1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liat I1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun.Kamus Dewan Edisi Keempat
seramik(séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
meliat1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian);Kamus Dewan Edisi Keempat
menggeletik1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
geletik; menggeletik 1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gumpalkumpulan benda (spt darah, tanah liat) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1 membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2 ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. penggumpalan 1 proses menjadi bergumpal (mis darah): Bahan tsb berupaya menghalang ~ darah. 2 perihal atau perbuatan menggumpalkan. penggumpal bahan yg menyebabkan berlakunya penggumpalan: Vitamin K dikenali sbg agen ~ darah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jegang1. tegang, kaku, liat; 2. mati keras.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembikar1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seramik1 bahan drpd mineral bukan logam yg keras dan mempunyai takat lebur yg tinggi. 2 barang yg dihasilkan drpd tanah liat, mis tembikar. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas