liberal | 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberal | 1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaum liberal | orang yg menganut fahaman liberal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puak liberal | orang (parti) yg berfaham sederhana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meliberalkan | menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan sains dan teknologi hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberalisme | fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliberalan | perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keagresifan | perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reaksi | (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agresif | (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb); keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal; pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg agresif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |