Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberal 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
liberal1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri.Kamus Dewan Edisi Keempat
liberal1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
reaksi(réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pendukung1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta.Kamus Dewan Edisi Keempat
puak1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
dukung I; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet ber­pegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas