Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyala apigas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyala; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal me­nyala­(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyala, = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. me­nyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) me­nyala, menyalai atau menyalakan. penya­la alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lidah apihujung nyala api (yg menjilat-jilat);Kamus Dewan Edisi Keempat
kemesak1. sj tumbuhan (pokok), cenderai, ceret budak, semangkuk, Croton argyratum; 2. sj tumbuhan (pokok), calang paya, kayu meroyan, lidah api, Croton griffithii.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyala= ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang-benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. menyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan api: Bagaimana hendak ~ api jika tidak ada mancis? 2 menjadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaanperbuatan (hal dsb) menyala, menyalai atau menyalakan. penyala alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu).Kamus Pelajar
pucuk I1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjilat1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jilat; menjilat 1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. ~ keluan ki keadaan orang yg kecewa kerana sesuatu yg sangat diharapkannya telah diambil orang. penjilat ki orang yg menjilat; tukang ampu (angkat).Kamus Pelajar Edisi Kedua
jilat; berjilat menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah se­seorang itu bersalah ataupun tidak); menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); menjilat-jilat menjilat berkali-kali;~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali; jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat; penjilat orang yg menjilat (mengangkat se­seorang), tukang angkat.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas