liku-liku kehidupan | dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku-liku hidup | dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpang-siur | 1. terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
obor | 1. jamung, suluh; ~ Olimpik obor yg dinyalakan ketika Olimpik diadakan (dan menjadi lambangnya); 2. ki pemberi, penerangan, penunjuk (jalan): betapa perlunya Islam dijadikan sbg ~ yg menerangi liku-liku kehidupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelok | (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekohselekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku II | ; paduka ~ sl gelaran seorang permaisuri (dlm cerita panji). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku | kelok pd jalan (sungai dll); selekoh. berliku-liku banyak likunya; berkelok-kelok: Kami melalui sebatang jalan yg curam dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belok II | (bélok) kelok, liku, bengkok, tidak lurus: belang-~;berbelok berkelok, berganti hala: Basir melambatkan skuternya dan ~ ke pekarangan;berbelok-belok 1. berkelok-kelok, berliku-liku: jalan yg ~; 2. selalu berbelok: dia turun bukit ~;membelok menukar hala, memusing: bas yg mereka tumpangi ~ masuk ke kampung;membelokkan mengubah hala (haluan), mengelokkan: dia ~ skuternya dan memberhentikannya di hadapan hotel;belokan selekoh, kelok;pembelokan 1. perihal atau perbuatan membelok(kan); 2. belokan, selekoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku I | 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelok | /kélok/ 1 liku (pd jalan, sungai dll); selekoh. 2 garis yg melengkung dlm graf dll. berkelok 1 melengkung. 2 bertukar haluan; berbelok ke kanan atau ke kiri. berkelok-kelok 1 berliku-liku (bkn jalan dll); tidak lurus. 2 bertukar haluan (berkali-kali). mengelokkan 1 membuat supaya berkelok; melengkungkan; membengkokkan. 2 membelokkan sesuatu: ~ kereta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |