likur | sl bilangan antara 20 dan 30, dua puluhan; tujuh ~ dua puluh tujuh; selikur dua puluh satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tujuh likur | malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tujuh likur | malam yg kedua puluh tujuh (dlm bulan Ramadan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tujuh likur | dua puluh tujuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enam likur | sl ark dua puluh enam (26, XXVI); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empat likur | ark 24; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tujuh | ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. | Kamus Pelajar |
tujuh | bilangan enam ditambah satu; 7: ~ belas 17; ~ puluh 70. ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. bertujuh tujuh jumlahnya. menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd masa orang mengandung tujuh bulan. ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh setelah seseorang meninggal. ketujuh peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. ketujuh-tujuh bertujuh sekali; bertujuh semuanya: ~ orang pemain bola jaring itu keletihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
enam | bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empat | bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat; ~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll); berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar; berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~; mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (41); memperempat membahagi kpd empat bahagian; keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat; keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; perempatan 1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, sukubahagian drpd sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |