duit | 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa harganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hidupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lima belas duit | lima belas sen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suku jam | lima belas minit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengah dua puluh | lima belas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siri lantanid | ist siri lima belas unsur logam nadir yg bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siri lantanid | (Kim) siri lima belas unsur logam dlm jadual berkala, bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulan naik | dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbaki | mempunyai baki, berlebih: gajinya yg tiga puluh ringgit akan ~ lima belas kalau ia mengansur hutang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembahas | 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
naik | 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. bergerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, menumpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaikkan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |