kelikir I | 1. gelung-gelung rotan, lingkaranlingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekili | 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau, kili-kili; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll, kili-kili. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kili-kili | 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll; ~ dayung gelang-gelang sbg pemegang dayung (pengayuh); panjang ~ ki pandai mencari-cari helah atau alasan (banyak dalihnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
relang II | Kd, Pn 1. lingkaran (drpd rotan dll) spt yg dipasang di tengkuk kambing; 2. kesan atau cat pd batang dll yg melingkari batang itu; merelang membuat relang (dgn cat dll): ia ~ tiang rumahnya dgn cat yg beraneka warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kili II | ; kili-kili 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll; ~ dayung gelang-gelang sbg pemegang dayung (pengayuh); panjang ~ ki pandai mencari-cari helah atau alasan (banyak dalihnya); mengili; ~ layang-layang menggulung tali layang-layang (kerana hendak menurunkannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkar | 1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kilas I | 1. lingkaran rotan (utk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pd keliti, dll); 2. sj penyambung yg membolehkan bahagian sesuatu yg dilekatkan (disambungkan) padanya berputar dgn bebas; 3. Kl gulung kain sarung pd pinggang: Muda mengeluarkan rokok daun dr ~ kainnya; 4. (Kej) daya yg menghasilkan gerakan berputar yg diukur dlm unit newton-meter, biasanya digunakan dlm motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dgn motor-motor lain; mengilas 1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dgn mengumpil; 2. Kl menggulung kain di pinggang (ketika memakainya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkar | 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan: logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belit | 1 lingkaran tali dsb pd sesuatu benda; lilit. 2 kelok pd jalan (sungai dsb); selekoh. berbelit berlingkar pd sesuatu; berlilit. berbelit-belit 1 berlilit-lilit di keliling sesuatu; terdapat beberapa banyak belit: Sulur-suluran ~ pd dahan pohon-pohon yg besar. 2 tidak lurus; berkelok-kelok; bengkang-bengkok: Jalan yg kami lalui dlm hutan itu ~. membelit melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. membelitkan mengikatkan sesuatu di keliling sesuatu benda lain; melilitkan: Beliau ~ kain tudungnya ke leher. pembelit 1 sesuatu (tali, kain dsb) yg digunakan utk membelit. 2 ki orang yg menipu; penipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lingkaran | 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |