lingkung | ; melingkung memberi bertanda (berbatas dsb) di keliling sesuatu. melingkungi 1 berada (terdapat, dipasang dsb) di keliling sesuatu; berlingkar di keliling sesuatu: Di sebelah luar kota itu terdapat sebuah parit yg dalam ~nya. 2 memasukkan ke dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb); melingkupi: Badan tsb ~ sebahagian besar persatuan belia di negara ini. terlingkung termasuk dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb). lingkungan 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalangan | 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang II | ; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkung | 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung; selingkung 1. sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dll); 2. seluruh kawasan di dlm suatu lingkaran, semua orang (dlm suatu perbadanan dll); melingkung memagari (menandai dll) berkeliling; melingkungi 1. mengelilingi, melingkari: balai itu dilingkungi pagar dawai berduri; 2. melingkupi, meliputi, memasukkan dlm pengaruh (kawasan dll); terlingkung 1. telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dlm; 2. termasuk dlm sesuatu pengaruh (kawasan dll): orang yg hidup ~ dlm suatu masyarakat; lingkungan 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daerah | (daérah) 1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk kemudahan pentadbiran: negeri Melaka terbahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg mendapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; pengajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliling | 1 lingkungan di sekitar sesuatu (spt rumah, kampung): Pohon-pohon mangga terdapat di ~ rumah itu. 2 sempadan atau batas yg melingkungi sesuatu bidang; lilit: ~ tanah itu panjangnya lima ratus meter. berkeliling 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. mengelilingi 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. mengelilingkan mengedarkan atau membawa berkeliling. sekeliling sekalian yg ada di sekitar sesuatu; sekitar: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. ~ pinggang sangat banyak (bkn hutang dll): Hutangnya ~ pinggang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keliling | 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasaran | 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandala I | 1. kawasan atau lingkungan yg termasuk dlm bidang kuasa pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu, pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami per-ubahan sikap yg mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan, daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkungan | 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |