glotis | ist bukaan di antara lipatan-lipatan pd pita suara pd bahagian atas trakea. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
glotis | ist bukaan di antara lipatan-lipatan pd pita suara pd bahagian atas trakea. | Kamus Pelajar |
lipatan | sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lipatan seluar | sait seluar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipatan | 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wiru | Jw lipatan (pd kain dll); berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lisu | 1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus yg dijahit pd pakaian; berlisu mempunyai atau dihiasi lisu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipit | , = kelipitan, = pelipit kelim atau lipatan yg kecil pd kain, baju, songkok dll. melipit membuat lipatan kecil pd tepi kain dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
said | lipatan pd pakaian (seluar, baju, dll) yg telah digosok (diseterika); bersaid ada saidnya: sekarang dia memakai pakaian yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |